User:Fatin Farhana binti Md Isa

Source: Wikipedia, the free encyclopedia.

Desa KEDA Seberang Paya Kerchut

Latar Belakang

Desa KEDA merupakan penempatan yang diwujudkan oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) bermula dari tahun 1989 kepada penduduk Negeri Kedah yang termasuk dalam kategori Miskin Tegar. Terdapat 56 Desa KEDA di kawasan operasi KEDA yang dikategorikan kepada tiga jenis penempatan iaitu Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Keselamatan dan Pembangunan (KESBAN) dan Kampung Tradisional.

Desa KEDA Seberang Paya Kerchut merupakan salah satu penempatan yang dibangunkan di bawah  Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) pada Tahun 1994. Penempatan ini mula diduduki pada tahun 1995 dengan bilangan rumah sebanyak 50 buah rumah dan memberi manfaat kepada 250 orang penduduk di Daerah Kota Setar.

Sejarah Kampung

Desa KEDA Seberang Paya Kerchut terletak di dalam Mukim Telaga Mas, Daerah Kota Setar dan bersempadan dengan Mukim Lengkuas. Desa KEDA ini terletak kira-kira 21km dari Bandaraya Alor Setar dan Bukit Pinang adalah pekan kecil yang paling hampir dengan perkampungan ini. Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) telah mewujudkan penempatan ini dan nama Desa KEDA diambil dari nama asal kampung tersebut. Penempatan PPRT ini merupakan kampung tersusun yang ke-4 dibina pada tahun 1995.

Info Desa

Nama Desa Desa KEDA Seberang Paya Kerchut
Mukim Telaga Mas
DUN Bukit Pinang
Parlimen Pokok Sena
Daerah Kota Setar
Negeri Kedah Darul Aman

Geografi

Desa KEDA Seberang Paya Kerchut terletak di dalam Mukim Telaga Mas dan bersempadan dengan Mukim Lengkuas. Desa KEDA Seberang Paya Kerchut ini terletak di kawasan tanah pamah berhampiran terusan utama Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA). Keluasan kawasan ini ialah 10.5 ekar meliputi kawasan perumahan, pertanian, surau, dewan, dewan dan padang bola. Kawasan ini diusahakan dengan tanaman sayuran dan pisang. Kawasan sekitar dikelilingi dengan tanaman getah dan sawah.

Kepimpinan

Desa-desa KEDA yang diwujudkan mempunyai Jawatankuasa Pasukan Perancang Pelaksana Program (4P) dipilih melalui Mesyuarat Agung 4P yang diadakan 2 tahun sekali bagi merancang dan melaksanakan program atau aktiviti untuk pembangunan Desa KEDA ke arah melahirkan komuniti yang sejahtera. Pejabat KEDA Zon 8, Kota Setar/ Kubang Pasu yang diketuai oleh Pegawai Pembangunan Zon dan seorang penyelia merupakan wakil KEDA yang dipertanggungjawab untuk membangunkan Desa KEDA Seberang Paya Kerchut. Penyelia kampung  akan berhubung dengan Jawatankuasa 4P yang akan membantu melaksanakan program dan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa. Jawatankuasa 4P terdiri daripada 16 ahli jawatankuasa iaitu Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan 10 Biro dan 2 orang pemeriksa kira-kira yang membantu KEDA melancarkan perjalanan program demi memastikan kesejahteraan penduduk.

Senarai Ahli Jawatankuasa Desa KEDA Seberang Paya Kerchut

Senarai Ahli Jawatankuasa Desa KEDA Seberang Paya Kerchut bagi sesi 2022/2-24 adalah seperti berikut :

Jawatan Penyandang
Pengerusi Mohd Desa bin Che Abu
Timbalan Pengerusi Abdul Rahim bin Cha
Setiausaha Nor Athirah binti Razak
Bendahari Ku Besah binti Abdullah
Biro Pembangunan & Infrastruktur Che Abu bin Che Din
Biro Kesenian & Kebudayaan Abdul Rashid bin Che Om
Biro Keceriaan & Alam Sekitar Mohd Nordin bin Johari
Biro Keselamatan & Sosial Mohamad bin Ariffin
Biro Kebajikan & Kesihatan Azizah binti Hassan
Biro Wanita, OKU & Warga Emas Asma binti Saad
Biro Pendidikan & Modal Insan Siti Zubaidah binti Yahya
Biro Sukan & Rekreasi Azita binti Ab Rahman
Biro Belia Nur Azian binti Omar
Biro Agama & Ekonomi Rohana binti Jap
Pemeriksa Kira-Kira 1 Noreha binti Mohd Husain
Pemeriksa Kira-Kira 2 Saripah binti Mat

Maklumat Penduduk

Maklumat penduduk Desa KEDA Seberang Paya Kerchut adalah seperti berikut:

Perkara Bilangan (Orang)
Jumlah Keseluruhan Penduduk 229
Jumlah Keluarga 63
Bilangan Penduduk Lelaki 118
Bilangan Penduduk Perempuan 111

Pendidikan

Tahap pendidikan penduduk Desa KEDA Seberang Paya Kerchut adalah seperti berikut:

Kelulusan Bilangan (Orang)
Sijil Kemahiran Bertauliah 2
Diploma 4
Ijazah 8
Jumlah 8

Pendapatan Kasar Isi Rumah

Penduduk Desa KEDA Seberang Paya Kerchut dikategorikan sebagai Penduduk Luar Bandar Semenanjung Malaysia yang berpendapatan rendah. Rata-rata penduduk merupakan golongan B40 yang berpendapatan rendah. Pendapatan Kasar Isi Rumah adalah seperti berikut :

Purata Pendapatan (RM) Bilangan Penduduk (Orang)
<RM530.00 11
RM531.00 - RM790.00 14
RM791.00 – RM1,319.00 53
>RM1,319.00 6

Kegunaan Tanah

Secara keseluruhannya, pembangunan tanah untuk Desa KEDA Seberang Paya Kerchut ialah sebanyak 10.5ek yang merangkumi kawasan surau/dewan 0.45ek, tapak kediaman 6.23ek, padang bola 0.91ek dan tanah untuk kemajuan masa hadapan 2.91ek.

Hak Milik Penduduk

Bilangan kenderaan yang dimiliki penduduk seperti berikut:

Jenis Kenderaan Bilangan (Unit)
Kereta 35
Motosikal 86

Kemudahan Asas

Dari segi infrastruktur, jalan kampung berturap sedia ada sepanjang 1.5 km dan lampu jalan sebanyak 15 unit. Bekalan air terawat dalam kategori Sistem Bekalan Air Awam merangkumi semua rumah iaitu 48 buah rumah. Bekalan elektrik dalam kategori grid  sedia ada digunakan oleh semua rumah kediaman. Sistem pembentungan menggunakan tandas sanitasi yang dilengkapi dengan rumah tandas dan slab, paip penyambung outlet, tangki najis/ septik dan bekalan air.

Dari segi capaian/ akses liputan, talian internet ada tetapi tahap kepuasan kurang baik. Telefon bimbit ada dan tahap kepuasan baik manakala siaran televisyen dan radio ada dan tahap kepuasan baik.

Dari segi infra, Desa KEDA Seberang Paya Kerchut dilengkapi dewan orang ramai/surau 1 buah, bilik gerakan 1 buah, lot permainan kanak-kanak 1 buah dan padang bola 1 buah.

Golongan Khas

Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan Golongan Khas di Desa KEDA Seberang Paya Kerchut adalah seperti berikut:

Perkara Bilangan (Orang)
OKU Umur 18 tahun dan ke atas 3 (L) 5(P)
Bapa Tunggal 1
Ibu Tunggal 8
Anak Yatim 4(L) 3(P)